Wednesday, March 18, 2015

Sejarah ILDAS

Diawal pusat ILDAS ni dibuka. Pelbagai pihak ada yang bersetuju ada yang menolak pembinaan tersebut. Penduduk sebenarnya bukan tak setuju akan pembinaan ILDAS ni tetapi kesan dari lori keluar masuk kampung Parit Baharu ni sedikit sebanyak membimbangkan penduduk disini. Saya yang duduk dijalan besar ni pun kekadang mengeluh juga,keselamatan penduduk kan... Banyak jalan rosak,lori keluar masuk bawak benda berat. Atas perbincangan bersama penduduk akhirnya kata sepakat dicapai,boleh diteruskan projek tetapi jalan raya utama hendaklah diselenggara pihak pemaju tersebut.

Pada mulanya ILDAS ini beroperasi, telah mula mengadakan pelbagai aktiviti seperti Kursus Motivasi, Bengkel, Seminar, Ceramah dan lain-lain lagi. Disebabkan ILDAS ni besar kawasannya dengan dilengkapi dewan audotirium utama, asrama putera dan puteri serta kantin dan surau yang besar dapat menampung jumlah peserta yang ramai dalam satu- satu  masa.

 ildas



No comments:

Post a Comment