Wednesday, March 18, 2015

Sejarah ICT

Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat era utama iaitu Era Penulisan, Era Percetakan, Era Telekomunikasi dan Era 
Komunikasi Interaktif. Beliau menamakan kesemua ini sebagai evolusi komunikasi manusia.

1)Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.

2)Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.

3)Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.

4) Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.

 ICT


Sejarah ILDAS

Diawal pusat ILDAS ni dibuka. Pelbagai pihak ada yang bersetuju ada yang menolak pembinaan tersebut. Penduduk sebenarnya bukan tak setuju akan pembinaan ILDAS ni tetapi kesan dari lori keluar masuk kampung Parit Baharu ni sedikit sebanyak membimbangkan penduduk disini. Saya yang duduk dijalan besar ni pun kekadang mengeluh juga,keselamatan penduduk kan... Banyak jalan rosak,lori keluar masuk bawak benda berat. Atas perbincangan bersama penduduk akhirnya kata sepakat dicapai,boleh diteruskan projek tetapi jalan raya utama hendaklah diselenggara pihak pemaju tersebut.

Pada mulanya ILDAS ini beroperasi, telah mula mengadakan pelbagai aktiviti seperti Kursus Motivasi, Bengkel, Seminar, Ceramah dan lain-lain lagi. Disebabkan ILDAS ni besar kawasannya dengan dilengkapi dewan audotirium utama, asrama putera dan puteri serta kantin dan surau yang besar dapat menampung jumlah peserta yang ramai dalam satu- satu  masa.

 ildas



Sejarah Shah Alam

Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang setelah British membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.

Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuhraya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan hutan mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru setelah Kuala Lumpur dirancang untuk dijadikan Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974, yang kemudian tarikh 1 Februari disambut setiap tahun sebagai Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur  mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama 'Shah Alam' sendiri dipilih atas perkenan baginda.

 mbsa




Tuesday, March 17, 2015

Kalumpang Resort


Kalumpang Resort & Training Center ini merupakan satu kawasan resort yang di bina di persekitaran Sungai Inki di Kalumpang. Memang ada resort, chalet apa semua tapi kalau kita tak stay di sini pun, kita masih boleh bersenda gurau dan bermain main dengan air kerana ada air terjun di kawasan ni.


Ya ke air terjun?


Terjun la tapi tak berapa tinggi.


Air sungai je kot.


Mungkin tuan empunya tanah kedaung ni mahu membuat duit lebih, so boleh la sesapa yang tak stay di sini pun datang untuk berkelah.


Kalau nak bermalam pun tak de masalah. Janji bayar. Ada banyak chalet di sini. Range harga chalet lebih kurang RM100 - RM 200 per nite. Tengok jenis chalet lah.


Tapi.


Ha.. Jangan ingat kalau tak stay sini suka suka hati je boleh masuk. Ada charge di kenakan. RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak kanak. Jangan risau, kalau bayar tu maksudnya boleh la guna facilities yang ada macam toilet, bangsal tepi sungai kolam renang, surau dan lain lain lagi. Cuma ta
k leh menumpang bilik je lah. Tapi kalau nak BBQ ok jer.


Ini bukan la kunjungan pertama aku ke sini, dulu dah pernah datang sekali.


Cuba usha gambar dulu.


 kalumpang resort



Team Nasyid Sekolah



Selamat Datang Ke Laman BLog Rasmi Sekolah Rendah Agama Kalumpang Hulu Selangor

Selamat datang ke blog rasmi sekolah rendah agama kalumpang. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum